Rawatan Laser Dengkur dan Kos di Malaysia 2019

Berdengkur sewaktu tidur adalah perkara biasa. Selain daripada menyebabkan gangguan tidur teman sebilik anda ianya tidaklah berbahaya.

Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada luar bilik) disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan paras oksigen dalam darah menurun.

Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk; tertidur sewaktu sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat.

Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat.


Kos Rawatan Laser Dengkur di Malaysia

Kos rawatan laser dengkur bergantung kepada 2 perkara.

Perkara pertama adalah teknik dan teknologi laser yang dipakai oleh doktor.

Perkara kedua adalah bergantung kepada jumlah rawatan yang diperlukan. 

Kos purata untuk rawatan laser dengkur di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 1,000 - RM 1,500 satu sesi di kebanyakan pusat atau klinik rawatan laser di Malaysia.

Berkaitan: Kos rawatan laser Fotona

Klinik-klinik Rawatan Laser Dengkur di Malaysia

Rawatan laser untuk dengkur adalah prosedur perubatan dan memerlukan pengalaman yang banyak. Doktor yang mengendalikan rawatan haruslah diiktiraf, berpengalaman dan bertauliah. Berikutnya adalah pusat-pusat rawatan laser untuk dengkur yang disyorkan di Malaysia.

1) Toscana Medi Clinic @ Publika, Hartamas

Pusat rawatan Toscana mempunyai lesen estetik (LCP Chapter 1) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

Klinik Toscana dilengkapi berbagai mesin laser termasuk laser Fotona yang terkini utuk rawatan laser dengkur.

Alamat: Unit 01 & 02, Level G4, Block D5, Solaris Dutamas, Publika, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

WhatsApp: +60 14 261 8261

Penilaian Toscana Medi Clinic (Reviews): penilaian 4.6 daripada 5 bintang di Google.

Berkaitan: Fotona Laser Snoring Malaysia



2) Premier Clinic - Aesthetic Clinics in Kuala Lumpur (KL)

Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang.

Lokasi (Ibu Pejabat): No. 8 & 10, Ground Floor, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Review-review Premier Clinic:

3) Ko Skin Specialist

Nama ini dikenali dan disanjung tinggi oleh rakyat tempatan. Disebabkan terdapat banyak cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, klinik ini boleh diakses dengan mudah. Kumpulan klinik ini diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997.

Lokasi (Ibu Pejabat): 10A-22A, Jalan Temoh, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Review-review Ko Skin Specialist:

Kesimpulan 

Kesimpulannya, bukan semua dengkuran itu berbahaya. Namun jika dengkuran itu kategori OSA (Obstructive Sleep Apnea) ianya perlu diatasi secepat mungkin supaya fungsi tubuh boleh diperbaiki. OSA jika dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan boleh menyebabkan paru-paru dan jantung rosak.

Sila lawati doktor anda untuk perundingan dan rawatan secepat mungkin.

Sila hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut > Hubung Kami 

Comments