Posts

Showing posts with the label duromine

Duromine Malaysia: Harga 2018 / 2019, Kegunaan dan Kontraindikasi

Image
Pil kurus Duromine merupakan pil kurus yang popular di kalangan netizen Malaysia. Kepada sesiapa yang nak ambil pil kurus ini, Duromine adalah ubat preskripsi yang dikawal di Malaysia dan anda tidak digalakkan untuk membelinya secara online. 
Terdapat banyak pil Duromine yang palsu di pasaran online dan anda digalakkan untuk membelinya melalui doktor yang bertauliah di Malaysia. Duromine bukan tanpa kesan sampingan dan kontraindikasi, dan tidak bolih diambil sembarangan.
Apakah itu Duromine? Duromine (jenama Phentermine) merupakan sejenis produk yang mengandungi bahan aktif Phentermine. Phentermine merupakan sejenis ubat perangsang di mana struktur kimianya menyerupai amfetamine. Produk tersebut diformulasikan dengan sejenis resin untuk membolehkan phentermine diserap secara terkawal agar kesan rawatan Duromine dapat dikekalkan untuk seharian.

Apakah kegunaan Duromine? Duromine digunakan untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit yang telah dikenalpasti oleh doktor mengalami masalah berat…